July
2024

KUALA LUMPUR, 16 Julai 2024 – UDA Holdings Berhad (UDA) peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset merangkumi pelaburan dan pengurusan harta, hospitaliti serta pengurusan fasiliti yang juga agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengumumkan pemenang cabutan bertuah sempena Kempen Hartanah UDA Ria 2023, di sini, semalam.

Dua pemenang bertuah membawa pulang hadiah utama iaitu Perodua Ativa setiap seorang. Selain itu, empat pemenang menerima pakej percutian ke Dubai, Pulau Nami, Pulau Bali dan Pulau Semporna dan lima lagi pemenang mendapat pakej penginapan di rangkaian AnCasa Hotels & Resorts. UDA turut memberikan kad minyak Petronas RM100 kepada 50 pemenang dan kad Touch n Go RM50 kepada 50 lagi pemenang. Senarai pemenang adalah seperti berikut:
Perodua Ativa
1. Sarah Fathiyah Binti Mubarak
2. They Wee Jin

Pakej Percutian
1. Mohamad Hafis Bin Mohamad Nazari (Dubai, UAE)
2. Afiqah Binti Amran (Pulau Nami, Korea Selatan)
3. Mohamad Firdaus Hazim Bin Ahmad Norrashid (Bali, Indonesia)
4. Ahmad Bin Hassan (Semporna, Sabah)

Pakej Penginapan di AnCasa Hotels & Resorts
1. Latipah Binti Abdul Wahab
2. Izat Emir Bin Abdul Aziz
3. Ahmad Syauqi Bin Sahril
4. Divaagar A/L K. Raman
5. Tan Chi Meng

Seramai 455 pembeli hartanah UDA yang layak telah menyertai cabutan bertuah sempena Kempen Hartanah UDA Ria 2023 yang berlangsung dari 7 Julai 2023 hingga 6 Julai 2024. Kebanyakan pembeli adalah dari Lembah Klang (36%) dan wilayah selatan (35%), manakala 27% dari wilayah utara dan baki 2% dari wilayah timur.

Datuk Sr Mohd. Salem Kailany, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA berkata, “Saya mewakili Ahli Lembaga Pengarah, pihak Pengurusan serta warga kerja Kumpulan UDA ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pembeli produk hartanah UDA sama ada kediaman mahupun komersial. Terima kasih atas sokongan serta kepercayaan yang diberikan untuk kami terus komited dalam mencorakkan, membentuk serta memodenkan bandar-bandar utama di Malaysia,” kata beliau.

Cabutan dan pengumuman bagi keseluruhan hadiah berjumlah sekitar RM200,000 kepada 111 pemenang itu diadakan dalam satu majlis ringkas yang berlangsung secara hibrid di Dewan Serbaguna Tingkat 9, Ibu Pejabat UDA di Blok Menara Kompleks Pertama. Cabutan dilaksanakan oleh barisan pengurusan UDA secara fizikal dan peserta yang terdiri daripada pembeli hartanah UDA yang layak hadir secara virtual menerusi platform dalam talian Microsoft Teams. Sesi tersebut turut dipancarkan secara live streaming di Facebook rasmi UDA Property.

Penyerahan hadiah kepada semua pemenang cabutan bertuah Kempen Hartanah UDA Ria 2023 akan disempurnakan pada 28 Julai ini sempena Karnival UDA 2024 @ Pulau Pinang yang berlangsung di Tapak Parkir Gravitas, Jalan Baru, Perai, Pulau Pinang.

UDA catat jualan hartanah bernilai RM276 juta sepanjang Kempen Hartanah UDA Ria 2023
Kempen Hartanah UDA Ria 2023 yang mengetengahkan variasi rangkaian produk hartanah sesuai untuk semua generasi itu telah mencatatkan jualan berjumlah RM276 juta. Kempen yang mula diperkenalkan di Karnival Hartanah UDA Ria di Tapak Projek Amaanee Residences, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 15 dan 16 Julai 2023 itu seterusnya diperluaskan menerusi Karnival UDA 2023 di Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Perak yang berlangsung sekitar September hingga Disember, tahun lalu.

Antara produk hartanah yang menjadi tumpuan sepanjang kempen tersebut ialah Dedaun Residensi (apartmen), Residensi 38 Bangsar (apartmen servis), Residensi Akasia Jubilee (rumah mampu milik) dan Avenue 3 (berkembar dua tingkat) di Lembah Klang. Manakala di wilayah utara kebanyakan memilih Amaanee Residences (apartmen) dan Crescent Dew Fasa 1A (berkembar dan banglo dua dan tiga tingkat). Manakala Pisonia Ville Pakej 2 dan 3 (teres dua tingkat), Areca Terrace Fasa 4A dan Fasa 4B (teres dua tingkat) dan Neuvo Centro Pakej 3 (kedai pejabat dua dan tiga tingkat) menjadi pilihan di wilayah selatan. Di wilayah timur pula Sarai 2.0 (banglo dua tingkat) dan Pelindung Heights Fasa 1B Pakej 3 (berkembar dua tingkat) menjadi tarikan kepada pembeli.

Kempen hartanah baharu di Karnival UDA 2024
Para pembeli yang berminat memiliki hartanah UDA atau mendapatkan khidmat nasihat mengenai hartanah yang bersesuaian, UDA berbesar hati mengalu-alukan kedatangan semua ke Karnival UDA 2024 @ Pulau Pinang pada 26 hingga 28 Julai ini. Sempena karnival tersebut, UDA juga akan memperkenalkan kempen hartanah baharu yang menampilkan pakej dan promosi istimewa. Kempen yang berlangsung selama lima bulan itu juga merupakan pengisian dan tarikan utama dalam Karnival UDA 2024 yang turut diadakan di tiga lagi lokasi iaitu Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor (27 hingga 29 September), Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru, Johor (11 hingga 13 Oktober) dan Tapak Projek Neu Pendington, Kuching, Sarawak (25 hingga 27 Oktober).

Layari www.uda.com.my atau Instagram (@uda_official) dan laman Facebook (UDA Holdings Berhad) untuk maklumat lanjut.

Download
  • Messenger