JOHOR BAHRU, 29 Mei 2022 - UDA Holdings Berhad (UDA) syarikat pemaju hartanah, pengurusan aset, fasiliti dan perhotelan menampilkan unit contoh rumah teres 2 tingkat Pisonia Ville (Pakej 2) sempena Majlis Meriah Raya @ Pisonia Ville anjuran UDA Land South Sdn Bhd yang diadakan di Bandar UDA Utama, hari ini.
Pelancaran unit contoh tersebut adalah lanjutan permintaan tinggi dan kejayaan pakej pertama yang habis dijual dalam tempoh agak singkat. Kediaman berstatus pegangan kekal (freehold) ini mengutamakan keluasan sebagai faktor penting bersesuaian untuk keluarga besar seperti 3 generasi dalam satu rumah. Pisonia Ville menawarkan ruang yang luas dengan saiz lot 25’ x 75’ dan pilihan kondusif iaitu 5 bilik tidur atau 6 bilik tidur.
YBhg. Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi UDA berucap ketika merasmikan unit contoh Pisonia Ville berkata, “UDA sentiasa komited menggalas peranan membantu mempertingkat pemilikan hartanah dalam kalangan masyarakat khususnya di kawasan bandar seterusnya memperkasa gaya hidup lestari. Inisiatif ini selari dengan konsep penjenamaan baharu UDA iaitu ‘LIFE’ yang menekankan kepada ciri-ciri seperti Legacy (Legasi), Integrated (Integrasi), Finesse (Ketelitian) dan Enrich (Memperkasa). Bagi sektor hartanah, UDA menekankan elemen dan sentuhan ‘Embrace Life’ menerusi ciri-ciri rumah yang selesa dan tenang agar setiap pemilik menikmati dan menghargai kehidupan,” kata beliau.
Pisonia Ville 2 yang terletak di lokasi strategik Bandar UDA Utama, salah sebuah perbandaran yang dibangunkan oleh UDA, dikelilingi pelbagai kemudahan komuniti seperti hospital, pasar raya besar, pasar, sekolah kebangsaan, sekolah agama serta bank-bank ternama di sekitarnya.
Majlis Meriah Raya @ Pisonia Ville yang diadakan pada hari ini adalah bagi menghargai para pembeli dan mempromosikan produk terkini. Pengunjung yang hadir berpeluang menikmati pelbagai aktiviti kekeluargaan seperti mini zoo, pertandingan swafoto, dan mewarna dengan pasir berwarna. Disamping itu, Majlis Meriah Raya turut dianjurkan di anak syarikat UDA di seluruh Malaysia seperti ketetapan berikut:
21 & 22 Mei 2022 |
Tapak Projek Residensi Akasia Jubilee Jalan Jubilee Off Persiaran Jubilee |
28 Mei 2022 |
Pejabat Jualan Pelindung Heights PT 72867 Lorong Pelindung 11 |
28 & 29 Mei 2022 |
Rumah Contoh Pisonia Ville Bandar UDA Utama Crescent Dew Club House |
Bermula 26 April hingga 31 Mei 2022, UDA menganjurkan kempen hartanah ‘Meriah Raya’ bagi menghargai dan mengalu-alukan pelanggan baharu yang berminat untuk mendapatkan produk hartanah UDA. Kempen yang berlangsung serentak di seluruh Malaysia ini mempromosikan pelbagai produk hartanah sesuai untuk semua peringkat termasuk B40, M40 dan T20.
YBrs. Sr Mohd. Salem Kailany Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA berkata, “Kempen hartanah Meriah Raya ini selari dengan visi UDA iaitu mengukuhkan jenama UDA di Malaysia. Inisiatif ini juga merupakan platform untuk memperkenalkan produk-produk terkini UDA merangkumi unit kediaman serta komersial di empat wilayah iaitu Utara (Pulau Pinang), Selatan (Johor), Timur (Pahang dan Terengganu) dan Tengah (Selangor dan Kuala Lumpur). Kempen hartanah Meriah Raya ini adalah rentetan kejayaan kempen UDA 50 Golden Offers sempena ulang tahun ke-50 UDA pada tahun 2021,” kata beliau.
Sepanjang kempen ini, UDA menawarkan pakej ganjaran berganda seperti rebat istimewa dan pemilikan mudah (tertakluk kepada terma dan syarat). Selain itu, pelanggan yang baru mendaftar juga berpeluang mendapat hadiah raya dengan mengunjungi galeri jualan UDA seperti di atas dan melihat projek seterusnya mendaftar menerusi kod QR. Antara projek- projek yang diketengahkan sepanjang kempen ini adalah:
Kuala Lumpur |
Residensi Akasia Jubilee (Apartmen Residensi Wilayah) Legasi Kampong Bharu (Apartmen dan pejabat) |
Pulau Pinang | Crescent Dew (Rumah berkembar) Wakaf Seetee Aisah 2 (Apartmen - wakaf) |
Johor | Pisonia Ville Fasa 2 (Rumah teres 2 tingkat) |
Pahang/ Terengganu | Pelindung Heights Fasa 3, Kuantan (Rumah berkembar 2 tingkat) Coast Kemaman, Terengganu (Unit komersial dan kedai pejabat) Sarai, Kuala Terengganu (Banglo) |
Bagi yang berminat untuk mendapatkan hartanah UDA di seluruh negara, sila kunjungi galeri jualan UDA di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian UDA Property 1800- 1800-89 atau layari https://www.udaproperty.com.my/ atau laman Facebook UDA Property Malaysia.