SIARAN MEDIA
UDA PERKENAL TAWARAN EKSKLUSIF, PELUANG MEMILIKI LEBIH 800 UNIT KEDIAMAN
KUALA LUMPUR, 22 September 2025 - UDA Holdings Berhad (UDA), peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset yang juga agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), melancarkan kempen hartanah ‘UDA Signature Dreams’ yang menawarkan hadiah lumayan sehingga RM250,000 bagi merealisasikan impian memiliki rumah idaman di sekitar Lembah Klang.
UDA menerusi anak syarikat, UDA Land Sdn Bhd, yang membangunkan hartanah di kawasan strategik di dalam wilayah tengah memperkenalkan empat projek yang sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat seperti Dedaun Residensi di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras di Selangor, Residensi 38 Bangsar, Legasi Kampong Bharu serta Residensi Akasia Raya di Kuala Lumpur.
YBrs. Encik Johari Shukri Jamil, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA berkata, “Kempen hartanah ‘UDA Signature Dreams’ yang bermula hari ini sehingga 31 Disember ini merupakan inisiatif khas bagi menggalakkan pemilikan hartanah khususnya dalam kalangan Bumiputera di kawasan strategik di bandar raya.
Menurut beliau, “Usaha ini secara langsung menyokong aspirasi Kerajaan dalam memperluas akses pemilikan rumah khususnya di kawasan bandar seterusnya mengukuhkan pertumbuhan sektor hartanah yang inklusif dan berdaya saing.
“UDA berharap inisiatif ini dapat merancakkan pasaran serta jualan hartanah, seterusnya meningkatkan keyakinan terhadap jenama UDA sebagai pemaju berwibawa yang sentiasa menawarkan nilai dan keistimewaan terbaik kepada pembeli.
“Pendekatan ini juga selari dengan prinsip UDA iaitu ‘L.I.F.E.’, Legasi (Legacy), Integrasi (Integrated), Ketelitian (Finesse) dan Memperkasa (Enrich), yang menjadi panduan dalam setiap operasi perniagaan bagi memperkasa komuniti sekali gus menyokong aspirasi pembangunan negara,” katanya.
Sepanjang kempen hartanah ‘UDA Signature Dreams’, pelbagai insentif istimewa disediakan, antaranya deposit rendah, pengecualian bayaran perjanjian jual beli (SPA) serta duti setem dan pakej kelengkapan rumah, tertakluk kepada terma dan syarat mengikut projek yang ditawarkan.
Selain itu, setiap pembelian rumah dalam tempoh kempen turut melayakkan pembeli menyertai cabutan bertuah ‘UDA Signature Dreams’. Hadiah utama berupa dua tiket untuk menyaksikan Piala Dunia 2026 termasuk tiket penerbangan dan penginapan bernilai sehingga RM150,000 serta pelbagai peralatan rumah berjumlah sehingga RM100,000 untuk dimenangi.
Dalam majlis sama, turut diadakan pemeteraian kerjasama strategik antara UDA dan syarikat reka bentuk dalaman, Nai BNB. Menerusi kerjasama ini, Nai BNB bertanggungjawab terhadap reka bentuk, pembinaan dan penyiapan kerja dalaman bagi unit pameran rasmi di Residensi 38 Bangsar. Tempoh kerjasama ini adalah selama dua tahun.
Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah sempena Kempen Hartanah UDA 2024/2025 berupa sebuah Proton S70 1.5T Executive dan motosikal Modenas Elegan.
Orang ramai yang berminat boleh berkunjung ke galeri jualan projek terlibat di Bandar Tun Hussein Onn dan Residensi 38 Bangsar. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sosial rasmi UDA Property di Instagram (@udapropertymalaysia) dan Facebook (UDA Property Malaysia) untuk mendapatkan info terkini mengenai siri jelajah serta merebut pelbagai tawaran istimewa yang berlangsung sepanjang tempoh kempen.
Melangkah ke hadapan, UDA kini terus giat membangunkan pelbagai projek yang berdaya saing, moden serta mampu milik di sekitar Pantai Timur, Johor, Utara dan Sarawak demi merealisasikan impian memiliki rumah idaman untuk semua.
Layari www.uda.com.my atau Instagram (@uda_official) dan laman Facebook (UDA Holdings Berhad) untuk info terkini dan jangan lepaskan peluang memiliki hartanah UDA.
TAMAT
UDA HOLDINGS BERHAD
Ditubuhkan pada 1971, UDA Holdings Berhad (UDA) yang dahulu dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Bandar atau Urban Development Authority, kini merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Setelah lebih lima dekad, UDA terus memacu pemerkasaan pemilikan hartanah khususnya dalam kalangan Bumiputera dan komited mencorakkan, membentuk serta memodenkan bandar-bandar utama di Malaysia.
UDA turut memainkan peranan penting mendukung pemerkasaan sosioekonomi Bumiputera dalam melahirkan usahawan yang mampan, berpotensi maju, berdaya tahan serta mampu bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.
Sebagai antara organisasi yang berdaya saing dan mampan di Malaysia, UDA memfokuskan kepada empat perniagaan teras iaitu pembangunan hartanah (UDA Property), pelaburan dan pengurusan harta (UDA PIM), hospitaliti (UDA Hospitaliti) serta pengurusan fasiliti (UDA Dayaurus).
UDA juga konsisten memenuhi misi memberikan produk dengan nilai terbaik seterusnya kekal mampan dengan menerapkan ciri-ciri ‘Life’ iaitu Legacy (Legasi), Integrated (Integrasi), Finesse (Ketelitian) dan Enrich (Memperkasa) sebagai tunggak utama bagi semua rangkaian perniagaan UDA di seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.uda.com.my. Sebarang pertanyaan media, sila hubungi:
|
Nisa Kamaruzaman |
| +6013 597 4264 |
|
|
Ahmad Fadhlullah Adnan |
| +6019 493 2154 |
Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Tingkat 6, Blok Menara, Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur
Tel: +603 2730 8500 | Fax: +603 2731 2855
“MEMPERKASA GAYA HIDUP LESTARI”
