August
2022

KUALA LUMPUR, 23 Ogos 2022 - UDA Holdings Berhad (UDA), peneraju pembangunan hartanah, pengurusan aset, fasiliti dan perhotelan merasmikan Kempen Hartanah UDARia 2022 iaitu pameran hartanah komprehensif dan menampilkan 14 projek hartanah UDA yang berlangsung dari bulan Ogos hingga Oktober 2022 di seluruh Malaysia, di sini, hari ini.

Pelbagai hadiah menarik dengan jumlah keseluruhan RM1 juta ditawarkan kepada pembeli produk hartanah UDA sepanjang tempoh kempen. Antara hadiah yang akan dibawa pulang oleh para pembeli adalah pakej percutian keluarga, baucar Touch N Go e-wallet dan pakej spa (tertakluk kepada terma dan syarat). Selain itu, UDA turut menawarkan lima (5) hadiah utama cabutan bertuah iaitu satu (1) baucar tunai RM100,000 dan empat (4) telefon pintar kepada mereka.

Menampilkan tema 'Sempurna untuk Semua Generasi', Kempen Hartanah UDARia 2022 mengetengahkan pelbagai unit kediaman serta komersial yang memenuhi keperluan semua lapisan di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Kuantan dan Kuala Terengganu.

Sr Mohd. Salem Kailany, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA berkata, kempen hartanah tersebut merupakan salah satu usaha UDA membantu menggalakkan pemilikan kediaman seterusnya memperkasa gaya hidup menerusi tawaran hartanah dengan harga menarik serta bernilai tinggi.

"Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang dan mereka menjalani gaya hidup yang berbeza antara satu sama lain. Setiap individu mempunyai kisah dan matlamat hidup yang tersendiri namun satu perkara yang menyatukan semua ialah setiap individu memerlukan kediaman. Menerusi kempen ini, UDA berhasrat membantu lebih ramai memiliki kediaman yang diidamkan dan bersesuaian dengan gaya hidup masing-masing,” kata beliau.

Menariknya, Kempen Hartanah UDARia 2022 memperkenalkan komik karikatur yang menggambarkan enam (6) karakter ‘Generasi UDA’; Juara (The Champ), Cekap Teknologi (The Techie), Pasangan Bercinta (The Love Birds), Bercita-cita Tinggi (The Ambitious), Ayah Perwira (The Superdad) dan Warga Emas (The Golden Couple) yang diinspirasi daripada profil pelanggan bagi memberi inspirasi kepada bakal pembeli serta memadankan projek hartanah yang bersesuaian dengan karakter tersebut.

Sr Mohd. Salem berkata, “Generasi UDA yang diterjemahkan menerusi komik karikatur ini diinspirasi daripada komik tempatan terkemuka bertujuan mendekati generasi muda. Elemen kreatif ini juga bertujuan memberi idea serta memudahkan pelanggan mengenalpasti produk hartanah yang terbaik untuk mereka.

“Penganjuran kempen ini juga bertepatan dengan tunggak utama perniagaan UDA; ‘Life’ iaitu Legacy (Legasi), Integrated (Integrasi), Finesse (Ketelitian) dan Enrich (Memperkasa) di mana UDA sentiasa komited membantu orang ramai mendapatkan kediaman yang terbaik,” kata beliau.

UDA menyasarkan penyertaan 15,000 pengunjung di pameran Kempen Hartanah UDARia yang bakal diadakan sempena program UshaNiaga Keluarga Malaysia seperti ketetapan berikut:

  • 26-28 Ogos 2022 – Odeon Walk (Berhadapan Kompleks Pertama), Kuala Lumpur

  • 16-18 September 2022 – Pusat Komersial Tasek Gelugor, Pulau Pinang

  • 23-25 September 2022 – Serambi Teruntum di Kuantan, Pahang

  • 30 September-2 Oktober 2022 – Angsana Ipoh Mall, Perak

  • 21-23 Oktober 2022 – Angsana Johor Bahru Mall

Bermula Ogos ini, UDA bakal menganjurkan program jelajah UshaNiaga Keluarga Malaysia yang bertujuan membantu kebolehpasaran usahawan tempatan khususnya usahawan di bawah UDA. Program yang bakal bermula di Odeon Walk pada 26 Ogos ini bakal diadakan di lima (5) buah negeri iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Pahang, Perak dan Johor. Selain jualan dan pameran, jelajah itu juga bakal menampilkan pelbagai aktiviti menarik serta persembahan selebriti untuk menarik lebih ramai pengunjung.

INFO TAMBAHAN:

PAKEJ ISTIMEWA PEMBELIAN HARTANAH SEMPENA KEMPEN HARTANAH UDARIA 2022

Pembelian RM300,000 – RM500,000

  • Pakej percutian keluarga RM2,000
  • Touch N Go e-wallet RM200

Pembelian RM501,000 – RM1,000,000

  • Pakej percutian keluarga RM3,500
  • Touch N Go e-wallet RM300

Pembelian RM1,000,000 dan ke atas

  • Pakej percutian keluarga RM5,000
  • Touch N Go e-wallet RM500
  • Pakej spa bernilai RM500

 

PROJEK HARTANAH UDA YANG DITAWARKAN DI KEMPEN HARTANAH UDARIA

Wilayah Tengah (Central)

  • 38 Bangsar Residensi (apartmen servis)
  • Legasi Kampong Bharu (apartmen)
  • Residensi Akasia Jubilee (apartmen mampu milik)
  • Avenue 3 (teres)

Wilayah Utara (North)

  • Evoke Residence (kondominium)
  • Wakaf Seetee Aisah (kondominium dan pangsapuri kos rendah)
  • Elevate (kedai pejabat)
  • Taman Sultan Sallehuddin (teres dan kedai pejabat)

Wilayah Selatan (South)

  • Pisonia Ville Pac 2 (teres)
  • Areca (teres)
  • Neutro Centro (kedai pejabat)

Wilayah Timur (East)

  • Pelindung Heights (rumah berkembar)
  • Sarai (banglo)
  • Coast Kemaman (kedai pejabat)

 

GENERASI UDA DAN PRODUK HARTANAH YANG BERSESUAIAN

Juara (The Champ) 21-30 tahun

  • Individu yang menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat
  • Pendapatan bulanan RM3,000 – RM6,000
  • Individu ini mementingkan kesihatan, kecergasan, taman dan trek joging
  • Pelindung Heights, Sarai, 38 Bangsar Residensi, Evoke Residence, Crescent Dew, Pisonia Ville dan Areca

Cekap Teknologi (The Techie)
21-34 tahun

  • Generasi muda yang sentiasa bergerak pantas (on the go)
  • Pendapatan bulanan RM3,000 – RM10,000
  • Duduk di kota/ tengah bandar, sentiasa peka dengan trend semasa dan sentiasa pantas mengetahui apa yang berlaku
  • 38 Bangsar Residensi, Evoke Residence, Pisonia Villa dan Areca

Pasangan Bercinta (The Love Birds) 25-35 tahun

  • Pasangan romantik yang sedang mencari ketenangan/rumah untuk menetap/berkahwin (to settle down)
  • Pendapatan bulanan RM3,000 – RM10,000
  • Mencari rumah indah yang memberkan kenangan berpanjangan
  • 38 Bangsar Residensi, Legasi Kampong Bharu, Residensi Akasia Jubilee, Evoke Residence, Pisonia Villa dan Areca

Bercita-cita Tinggi (The Ambitious)
25-35 tahun

  • Tangkas, fokus dan sentiasa sibuk mengejar impian, generasi ini gemarkan kediaman yang fleksibel, mesra bajet dan ringkas
  • Pendapatan bulanan RM5,000 – RM10,000
  • Muda dan mahukan sesuatu yang lebih dalam kehidupan. Sentiasa tangkas dan memiliki dorongan yang kuat untuk mencapai impian mereka
  • Kediaman yang ideal adalah rumah yang fleksibel, ringkas dan bernilai maksimum
  • Coast Kemaman, Residensi Akasia Jubilee, Elevate Pisonia Ville, Areca dan Neuvo Centro

Ayah Perwira (The Superdad)
35-45 tahun

  • Ketua keluarga yang mencari kediaman terbaik untuk membesarkan dan mengembangkan keluarga dengan baik dan sihat
  • Pendapatan bulanan RM10,000 – RM20,000
  • Pelindung Heights, Sarai, Legasi Kampong Bharu, Avenue 3, Crescent Dew, Pisonia Ville dan Areca

Warga Emas (The Golden Couple) 45-60 tahun

  • Pasangan warga emas yang mencari rumah ringkas dan mudah untuk diuruskan dijaga bagi kemudahan yang banyak dan mengutamakan ciri ketenangan
  • Pendapatan bulanan RM5,000 – RM15,000
  • Pelindung Heights, Sarai, 38 Bangsar Residensi, Residensi Akasia Jubilee, Avenue 3, Evoke Residence, Elevate, Pisonia Ville dan Areca
Download
  • Messenger