May
2022

KEPALA BATAS, 28 Mei 2022 - UDA Holdings Berhad (UDA) syarikat pemaju hartanah, pengurusan aset, fasiliti dan perhotelan menganjurkan kempen hartanah ‘Meriah Raya’ bagi menawarkan pakej istimewa sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini. Kempen yang berlangsung dari 26 April hingga 31 Mei 2022 ini mempromosikan pelbagai produk hartanah sesuai untuk semua peringkat.

Sepanjang kempen ini, UDA menawarkan pakej ganjaran berganda kepada pembeli yang ingin mendapatkan produk hartanah UDA seperti rebat istimewa dan pemilikan mudah (tertakluk kepada terma dan syarat). Selain itu, pelanggan yang baru mendaftar juga berpeluang mendapat hadiah raya dengan mengunjungi galeri jualan UDA terpilih dan melihat projek seterusnya mendaftar menerusi kod QR.

YBhg. Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi UDA berkata, “UDA sentiasa fokus memperkasa gaya hidup lestari menerusi usaha mempertingkat pemilikan hartanah dalam kalangan masyarakat khususnya di kawasan bandar. Inisiatif ini juga selari dengan konsep penjenamaan baharu UDA iaitu ‘LIFE’ yang menekankan kepada ciri-ciri seperti Legacy (Legasi), Integrated (Integrasi), Finesse (Ketelitian) dan Enrich (Memperkasa). Penganjuran kempen ‘Meriah Raya’ ini diharap dapat membantu lebih ramai masyarakat berpeluang memiliki kediaman impian mereka. Menerusi kempen ini, UDA turut menyasarkan pemilikan hartanah dari pelbagai latar belakang termasuk B40, M40 dan T20 bertepatan dengan rangkaian produk yang disediakan,” kata beliau.

YBrs. Sr Mohd. Salem Kailany Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA berkata, “Kempen hartanah Meriah Raya ini selari dengan visi UDA iaitu mengukuhkan jenama UDA di Malaysia. Inisiatif ini juga merupakan platform untuk memperkenalkan produk-produk terkini UDA merangkumi unit kediaman serta komersial di empat wilayah iaitu Utara (Pulau Pinang), Selatan (Johor), Timur (Pahang dan Terengganu) dan Tengah (Selangor dan Kuala Lumpur). Kempen hartanah Meriah Raya ini adalah rentetan kejayaan kempen UDA 50 Golden Offers yang diperkenalkan sempena ulang tahun ke-50 UDA pada tahun 2021,” kata beliau.

Sempena penganjuran kempen hartanah Meriah Raya, UDA turut mengadakan Majlis Meriah Raya di Crescent Dew Club House, hari ini. Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah Mohd Nor turut hadir menyerikan majlis tersebut. Ia diadakan bagi menghargai para pembeli, pelanggan korporat, pihak berkuasa tempatan serta kakitangan UDA di wilayah tersebut. Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti jamuan raya, hadiah raya, pakej istimewa raya, persembahan artis Dafi & Farah dan persembahan gamelan.

Majlis Meriah Raya ini dianjurkan di seluruh Malaysia seperti ketetapan berikut:

21 & 22 Mei 2022

Tapak Projek Residensi Akasia Jubilee

Jalan Jubilee Off Persiaran Jubilee
55200 Kuala Lumpur
(10.00 pagi - 6.00 petang)
https://waze.com/ul/hw283f3why

28 Mei 2022

Pejabat Jualan Pelindung Heights

PT 72867 Lorong Pelindung 11
Pelindung Heights
25050 Kuantan, Pahang
(10.00 pagi - 4.00 petang)
https://waze.com/ul/hw29t8nvcv

28 & 29 Mei 2022

Rumah Contoh Pisonia Ville

Bandar UDA Utama
Mukim Pulai, Johor Bahru, Johor
(9.30 pagi - 5.00 petang)
https://waze.com/ul/hw238wbr3q

Crescent Dew Club House
Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir,
Mukim 6, Kepala Batas, Pulau Pinang
(11.00 pagi - 3.00 petang)
https://waze.com/ul/hw0zrmutes

 

Antara projek-projek yang diketengahkan sepanjang kempen hartanah Meriah Raya adalah:

Kuala Lumpur

Residensi Akasia Jubilee (Apartmen Residensi Wilayah) Legasi Kampong Bharu (Apartmen dan pejabat)
38 Bangsar (Apartmen servis)

Pulau Pinang Crescent Dew (Rumah banglo 3 tingkat) Wakaf Seetee Aisah 2 (Apartmen - wakaf)
Johor Pisonia Ville Fasa 2 (Rumah teres 2 tingkat)
Pahang/ Terengganu Pelindung Heights Fasa 3, Kuantan (Rumah berkembar 2 tingkat) Coast Kemaman, Terengganu (Unit komersial dan kedai pejabat) Sarai, Kuala Terengganu (Banglo)

 

Bagi yang berminat untuk mendapatkan hartanah UDA di seluruh negara, sila kunjungi galeri jualan UDA di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian UDA Property 1800-1800-89 atau layari https://www.udaproperty.com.my/ atau laman Facebook UDA Property Malaysia.

Download
  • Messenger