UDA TAWAR PROMOSI ISTIMEWA PENGINAPAN DI ANCASA HOTELS & RESORTS DENGAN DISKAUN SEHINGGA 25 PERATUS UNTUK PESARA KERAJAAN
KUALA LUMPUR, 23 JULAI 2026 – UDA Holdings Berhad (UDA), peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), menawarkan promosi diskaun istimewa sehingga 25 peratus khas buat pesara kerajaan menginap di rangkaian hotel, AnCasa Hotels & Resorts.
Rangkaian hotel milik UDA itu mengendalikan empat hotel iaitu AnCasa Hotel Kuala Lumpur, AnCasa Resort Port Dickson di Negeri Sembilan, AnCasa Royale Pekan di Pahang serta Kuala Terengganu Golf Resort di Terengganu.
YBrs. Encik Shah Azam Khan Noor Mohammad, Naib Presiden Kanan Bahagian Hospitaliti UDA berkata, “Kempen Promosi Istimewa Pesara Kerajaan Malaysia yang berlangsung bermula 15 Julai sehingga 31 Disember ini merupakan tanda penghargaan UDA terhadap jasa dan sumbangan para pesara sepanjang tempoh perkhidmatan mereka kepada negara.”
Menurut beliau, “Kempen ini juga diharap dapat menggalakkan para pesara meneroka destinasi pelancongan tempatan serta menikmati masa yang lebih bermakna serta berkualiti bersama keluarga dan insan tersayang, seterusnya menyumbang kepada perkembangan sektor pelancongan domestik negara.”
Promosi yang ditawarkan merangkumi diskaun sebanyak 25 peratus bagi penginapan, 20 peratus diskaun untuk makanan dan minuman (dine-in sahaja), serta 20 peratus diskaun untuk permainan golf di Kuala Terengganu Golf Resort. Selain itu, pesara yang menempah bilik di bawah kategori ‘room only’ selama tiga malam berturut-turut juga layak menerima sarapan bufet percuma untuk dua orang dewasa. Menerusi promosi ini, para pesara diberikan pilihan fleksibel untuk membuat tempahan bilik sahaja (room only) dengan potongan diskaun yang ditawarkan atau bilik berserta sarapan pagi mengikut pilihan dan kesesuaian masing-masing.
Bagi menikmati tawaran ini, tempahan perlu dibuat secara terus melalui saluran rasmi AnCasa Hotels & Resorts, iaitu laman web rasmi www.ancasahotels.com.my, e-mel, panggilan telefon atau hadir terus ke premis berkenaan. Tempahan yang dibuat melalui platform pihak ketiga atau Online Travel Agencies (OTA) tidak layak untuk menikmati promosi ini. Promosi ini juga tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan serta tidak boleh digabungkan dengan mana-mana promosi, baucar atau pakej lain yang sedang ditawarkan oleh AnCasa Hotels & Resorts.
Orang ramai turut disaran untuk merancang percutian lebih awal, terutamanya menjelang musim cuti sekolah, cuti umum dan hujung minggu bagi memastikan tempahan lebih lancar, tertakluk kepada kekosongan bilik
Maklumat tempahan dan pertanyaan lanjut:
|
1) AnCasa Hotel Kuala Lumpur No. Telefon: +603 2026 6060 |
2) AnCasa Resort Port Dickson No. Telefon: +606 662 7288 |
|
3) AnCasa Royale Pekan No. Telefon: +609 424 6600 |
4) Kuala Terengganu Golf Resort No. Telefon: +609 666 0613 |
Untuk maklumat lanjut, layari www.uda.com.my atau ikuti UDA Holdings Berhad di Instagram (@uda_official) dan Facebook (UDA Holdings Berhad).
TAMAT
UDA HOLDINGS BERHAD
Ditubuhkan pada 1971, UDA Holdings Berhad (UDA) yang dahulu dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Bandar atau Urban Development Authority, kini merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Selama 55 tahun, UDA terus memacu pemerkasaan pemilikan hartanah khususnya dalam kalangan bumiputera dan komited mencorakkan, membentuk serta memodenkan bandar-bandar utama di Malaysia.
UDA turut memainkan peranan penting mendukung pemerkasaan sosioekonomi bumiputera dalam melahirkan usahawan yang mampan, berpotensi maju, berdaya tahan serta mampu bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.
Sebagai antara organisasi yang berdaya saing dan mampan di Malaysia, UDA memfokuskan kepada empat perniagaan teras iaitu pembangunan hartanah (UDA Property), pelaburan dan pengurusan harta termasuk pengurusan pusat beli-belah (UDA PIM), hospitaliti (AnCasa Hotels & Resorts) serta pengurusan fasiliti (UDA Dayaurus).
UDA juga konsisten memenuhi misi memberikan produk dengan nilai terbaik seterusnya kekal mampan menerusi aspirasi ‘Memenuhi Impian’ sebagai tunggak utama bagi semua rangkaian perniagaan UDA di seluruh Malaysia, demi kesejahteraan serta masa depan generasi hari ini dan akan datang.
Sebarang pertanyaan media, sila hubungi:
|
Radziah Mohamed Fadzil |
| +6017 337 7630 |
|
|
Nisa Kamaruzaman |
| +6013 597 4264 |
Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Tingkat 6, Blok Menara, Kompleks Pertama,
Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur Tel: +603 2730 8500 | Fax: +603 2731 2855
