- hari
- jam
- minit
- saat
PENGENALAN
KARNIVAL UDA 2024
Selaras fungsi dan objektif UDA di dalam memperkasa pemilikan bumiputera di kawasan bandar, UDA yang juga menjunjung matlamat memperkasakan penglibatan USAHAWAN Bumiputera di dalam memulihkan perniagaan serta menangani krisis ekonomi Syarikat MSME, telah secara proaktif melancarkan Karnival UDA pada tahun 2022.
Aspirasi dan misi UDA adalah mengenalpasti usahawan tempatan untuk diperkasakan melalui pelbagai pendedahan dan bimbingan rentak niaga alaf baharu bagi melahirkan usahawan yang mampan, berpotensi maju, berdaya tahan serta mampu bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.
Jalinan kerjasama di antara UDA dan Rakan Strategik di Karnival UDA 2024 ini secara relatifnya membuka peluang padanan perniagaan (‘business matching’ ), peluang meluaskan skop perniagaan dan menjadi satu wadah perkongsian ilmu di antara Rakan Strategik dan usahawan- usahawan terlibat serta mencapai keterangkuman sosial bagi mengintegrasikan juga usahawan-usahawan asnaf dan kurang upaya di dalam memastikan kesaksamaan peluang.
Penganjuran Karnival UDA 2024 telah dikonsepkan kepada beberapa zon bagi menyantuni pelbagai lapisan Masyarakat iaitu Pavilion UDAria, Pavilion USHAniaga, Zon Wanita, Zon Maskulin & New Gen, Fiesta Bakat, Zon Keluarga dan Zon Makan Fest
OBJEKTIF
KARNIVAL UDA 2024
- Memperkenalkan Aspirasi UDA dalam melahirkan usahawan yang mampan
- Menjejaki, mendekati, membimbing serta mentransformasi usahawan berpotensi yang berdaya saing, berdaya tahan dan berupaya bersaing di pasaran bukan sahaja diperingkat domestik tetapi antarabangsa.
- Memberi ruang kepada usahawan UDA dan rakan kaloborasi bagi Memasarkan produk dan perkhidmatan mereka kepada umum dan komuniti dengan lebih meluas.
- Mempromosi kemudahan serta insentif usahawan yang disediakan oleh pihak UDA untuk membantu perkembangan perniagaan usahawan di negara ini.
- Mendekati komuniti setempat serta membantu para pembeli memilih hartanah selaras dengan objektif pemilikan Bumiputera di kawasan bandar.