KUALA LUMPUR, 25 Mei 2023 – UDA Holdings Berhad (UDA) peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset merangkumi pelaburan dan pengurusan harta, hospitaliti serta pengurusan fasiliti yang juga agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melancarkan Dedaun Residensi di sini, hari ini.
Produk terbaharu UDA Property itu merupakan apartmen pegangan bebas yang bakal dibangunkan di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor. Apartmen 37 tingkat yang berkeluasan 850 hingga 1,160 kaki persegi itu menyediakan sebanyak 341 unit kediaman dengan harga bermula daripada RM388,000.00.
Datuk Sr Mohd. Salem Kailany, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA berkata, “Seiring dengan fokus UDA dalam membentuk komuniti inklusif, apartmen Dedaun Residensi yang merupakan kediaman mesra warga emas serta Orang Kurang Upaya (OKU) ini bakal menyediakan unit-unit khas di tingkat fasiliti berdekatan dengan kolam renang, gimnasium serta surau yang memudahkan mereka menggunakan kemudahan tersebut tanpa perlu menaiki lif.
“Inisiatif UDA mewarnai pembangunan bandar termasuk di Bandar Tun Hussein Onn ini selari dengan penjenamaan UDA iaitu ‘L.I.F.E’ yang menekankan kepada ciri-ciri Legasi, Integrasi, Ketelitian dan Memperkasa, seterusnya bergerak ke arah kesejahteraan masyarakat bertepatan dengan konsep Malaysia Madani,” kata beliau.
Apartmen yang selesa berinspirasikan 8 tema dedaun eksklusif iaitu Bonsai, Draco, Zamofilia, Maple, Clover, Sakura, Princess Philodendron dan Monstera Obliqua itu turut dilengkapi sistem rumah pintar iaitu setiap tingkat berdasarkan lapan (8) tema dedaun eksklusif tersebut bakal mengetengahkan ciri-ciri yang tersendiri.
Pelbagai kemudahan lain turut disediakan seperti kolam renang, trail pendakian, 2 atau 3 tempat letak kenderaan, sistem keselamatan berbagai lapisan, pusat jagaan kanak-kanak, ruang perpustakaan, gimnasium, surau, dewan serbaguna, ruang barbeku dan taman permainan kanak-kanak.
UDA melancarkan apartmen Dedaun Residensi sempena Karnival Hartanah UDA Ria Bersama UDA Property yang diadakan selama 4 hari, bermula hari ini hingga 28 Mei 2023 (Ahad). Karnival yang berlangsung di ruang meletak kenderaan di Lake Valley, Bandar Tun Hussein Onn itu turut memperkenalkan produk-produk hartanah UDA Property seperti Residensi 38 Bangsar, Legasi Kampong Bharu dan Avenue 3 Teres D’Tasek.
Karnival yang terbuka kepada orang ramai itu turut menyediakan peluang kepada pengunjung untuk membuat semakan kelayakan pinjaman dan konsultasi dengan panel bank selain para pembeli berpeluang memilih unit bagi produk Dedaun Residensi. Di samping itu, pengunjung juga dapat melawat ke ruang pameran rakan perniagaan UDA Property selain menyertai program serta aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga seperti menikmati pelbagai hidangan juadah menarik, persembahan nyanyian dan tarian serta aktiviti kanak-kanak.
Kempen karnival hartanah ini akan diteruskan di seluruh wilayah pembangunan UDA di seluruh negara dengan pelbagai tawaran pakej yang menarik kepada mereka yang berminat untuk memiliki produk hartanah UDA. Ini juga mampu meningkatkan jualan produk hartanah UDA dan sekali gus melonjakkan prestasi syarikat.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat projek Dedaun Residensi atau mendaftar, sila kunjungi galeri jualan UDA Property di 14, Jalan Suarasa 8/4, Tun Hussein Onn, 43200, Cheras, Selangor atau layari https://www.udaproperty.com.my/project/dedaun-residensi.